bila anak sakit...


malam 10.5.2009, aku perasan anak aku panas badannya...eh, demam pulak si kecik ni..dah la esok hari isnin..macam mana nak keja macam ni... takpe la kokt2 pagi esok demam dia kebah. malam tu terganggu tidur aku dek si kecik ni tak sihat. dah pagi pun still demam, so EL la aku hari tu...


11.5.2009 aku bawa dia ke klinik untuk imunisasi macam biasa..kena cucuk pulak..doc tak bagi ubat coz dia still ambil ubat dr klinik pakar kanak-kanak an-nur..so doc srh aku continue je ubat tu.. sampai keesokkan harinya pun masih tak ok. dah hari kedua la aku tak keja..


13.5.2009, aku suruh ayahnya plak cuti aku keja...tapi sekerat hari je.. aku balik tgk macam makin teruk anak aku..aku pun bawa dia pegi klinik annur lagi sekali..doc ctu buat surat rujukan suh aku bawa dia ke hosp. putrajaya..katanya may be kena masuk wad ni budak ni.. aku pun pegi hosp tapi doc sana cakap takpe lepas ambil nebulizer boleh balik...aku pun bawa la si kecik aku balik....malam tu anak aku panas 39.1 darjah..riso aku takut sawan..bagi ubat tak kebah2 dah tu lembik semacam je tak nak minum ape-ape...aku hantar ke hosp...ada jangkitan kat paru-paru..tensyen aku dgn doc masa siang tadi...ntah dia buat ape ntah..


14.5.2009, bermulalah episod kehidupan aku kat wad...tensyen!!! kesian tengok si kecik aku kena cucuk sana sini...kena sedut kahak...sakitnya!!!setiap 4jam kena nebulizer coz dia ada asma..tapi apakan daya untuk kebaikkan dia..last2 seminggu jugak aku kat sana...20.5.2009 baru boleh balik rumah syukur sangat aku tengok anak aku dah ceria macam biasa..dan aku tak lupa doakan baby girl sebelah katil aku agar cepat sembuh...kesian sangat baby tu yang tak tau apa punca masalah dia...moga2 dia cepat sembuh.amin...

Ulasan