8 Petua Perawan

Petua Melayu lama yang boleh diamalkan oleh anak-anak dara sehinggalah yang dah beranak-pinak...

1. BANGKIT BERSAMBUT

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkat badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkat badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua-dua belah tangan.

                                         2. WAJAH SUCI
Apabila bangun pagi, jika mambasuh muka elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering dengan sendirinyao ada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecentikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang.








3. MENYEGARKAN PAYUDARA

Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah peyudara agar sentiada subur dan segar, tidak mudah jatuh.

                                                       4. TAMAN SEMERBAK
 
Mewangi amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang wangi baunya dan syur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. 





5. LUBANG JARUM

Latih otot penahan kencing. seolah-olah seperti menahan dan hendak membuaang air kecil, kemutkan berulang kali. Kemudian kemutkan otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar , berulang-ulang juga. Boleh jadikan amalan setiap hari.

6. SUARA PERINDU

Elakkana dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih becakap degan mengawal nada suara, jangan lepaskan suara sewenang-wenangnya. 

7. MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8 . PAYUDARA MONTOK

Elakkan daripada meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara.


Sumber : Berita Harian

Ulasan