Pengembaraan ke Sarawak

Sejak wujudnya AirAsia ni...so everybody can fly..termasuk aku..hikhik....perginye dah lama tapi baru ingat password blog nak update.

Yang bestnyer bawa anak2, walaupun kelam kabut haru biru, tapi nikmat bercuti dengan anak2....
Apa yang best pergi Sarawak ialah makan2...macam2 makanan pelik boleh di test.
Menu wajib aku selama 3 hari kat sana ialah Mi kolok...

antara makanan yang sempat dicuba :

wajib dicuba...laksa sarawak

ini namanya linut...pekat2 dan takde rasa apa2, cicah sos pedas2

nasi goreng dabai namanya..dabai tu nama buah ala2 buah kurma yang dicampur dalam nasi goreng tu..not
 bad


Pergi Sarawak tak sah kalau tak pergi beli Kek Lapis..yang paling popular ialah Kek Lapis Dayang Salhah. Nak pegi ke kilang tu boleh naik boat, atau klu fobia air macam aku, drive la alupun jauh sikit.

untuk pelanggan rasa, boleh rasa sampai kenyang la...haha

Tak lupa juga sesi memborong ikan terubuk masin di Pasar Satok kot klu tak silap nama pasar tu...ulam-ulaman fresh2 dan gemuk2..ikan masin bermacam2 jenis dan saiz,. dan yang paling penting harganya jauh lebih murah daripada yang dijual di semenanjung...sempat la beli sikit2 sebagai buah tangan untuk kaum kerabat merasa sorang sikit. Tak payah risau pasal bau nak bawa naik flight, memang tukang jual tu akan packing cun2 punya.

kotak yang siap dibungkus..boleh tahan 3-4 hari dok dalam tu

Pasar Satok

Destinasi terakhir dan paling best...Pasar Serikin, terletak di sempadan Kalimantan, Indonesia. Pasar ini agak jauh dari bandar Kuching, naik kereta ada dalam 2 jam baru sampai, jalan kampung-kampung. Peniaga-peniaga adalah dari Indonesia. Mereka datang pada hari Jumaat dan bermalam kat situ sampai hari Ahad petang baru balik. 

Barang-barang kraf dan kain-kain banyak dijual. Pasar ala-ala cowboy jer...barang-barang pun murah. Tapi panas. Mujur ada kawan kastam, boleh tinggal anak kecik kat ofis kastam, dan mujurnya jugak budak kecik tu tidur, klu tak jangan harap boleh tinggal.
Pasar Serikin 

Pasar Serikin 

Sarawak memang seronok untuk jalan2 makan angin...Hope ada rezeki pergi lagi next time...lastly tempat wajib bergambar di Sarawak..... :)







Ulasan