Adab Mengejutkan Anak

Bila anak dah besar dan mula masuk tadika, aku baru terasa macam mana haru biru pagi-pagi nak kejutnya mereka bangun mandi pergi sekolah....dulu mak-mak kita yang buat kat kita, sekarang kita pulak laluinya...
kalau budak senang bangun ok la, kena yang payah tu, menguji kesabaran jugak..:(...nak marah kesian sebab kecik lagi, baru nak belajar bangun pagi-pagi, sebab dulu angkat pergi nursery tidur lagi..

Jadi kena la aku buka balik buku kemahiran keibubapaan...hikhikhik...setakat berkongsi artikel sebagai panduan dan ingatan untuk diri sendiri....



  • Beri salam kepada anak yang sedang tidur
  • Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
  • Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
  • Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
  • Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
  • Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
  • Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  •  InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang. 
tak kira la anak masih bayi atau dah besar...untuk suami pun apa salahnya....


Ulasan