Airasia Flight Retime!!!!

Rosak mood gara-gara dapat email dari Airasia pasal Flight Retime nih....plan nak pergi bercuti kat Pekanbaru, Indonesia 3-6 Mei 2013 ni...tiba-tiba dapat pulak email sial tu...

Ni dah kali kedua aku dapat email tu, fisrt untuk flight balik kampung bulan Ogos, tapi yang tu mujur la masa yang dia bagi tu ok, tak menjejaskan plan cuti, so proceed.

Masalah yang Pekanbaru ni. masa yang dia bagi tak sesuai, nak-nak en suami yang susah bebenor nak cuti...dah la aku dah book hotel bagai, 5star lagi sebab Pekanbaru agak boring so hotel biarlah puas hati....last-last cancel hotel. Mujur la booking via Booking.com tu dia tak charges apa-apa...

Jadi aku pun cancel pegi Pekanbaru, pilih option Credit Shell, iaitu jumlah pembelian tiket tu akan dikreditkan ke dalam akaun Airasia aku, dan perlu digunakan dalam masa 90 hari...dah la tiket semua dah mahal, mana aku nak pi dengan bajet banyak tu...tu dapat time murah...nak pegi dalam Malaysia jer lagi aku sakit hati....3 minggu berturut-turut aku ulang alik Jabatan Imigresen nak buatkan pasport untuk anak, takkan  tak guna pulak pasport tu...uwaaaaaaaaaaaa............

Nak pi dekat-dekat yang sesuai dengan bajet macam Phuket tu, aku baru tengok filem Impossible...takut pulak kena Tsunami macam tu...hikhikhik...

Jadi plannya nak pi USS jer lah...at least dapat guna pasport baru budak-budak...hehehe...tiket ke JB pun murah. Sekarang tinggal nak cari pakej hotel + tiket USS jer...semoga aku tak kcewa lagi...

wish me luck! USS wait for us!

Ulasan