Bulan Mei 2012, berkesempatan pergi ke Guangzhou, China. Pergi berdua je dengan suami, anak-anak tinggal, mak dengan adik datang tolong jaga kat rumah...sobsobsob :(..bukan apa macam leceh nak bawa budak-budak kononnya nak shopping banyak...hikhik
Sebelum pergi tu buat research kat internet jer macam mana nak survive kat sana...walaupun cakap ayam itik tapi senang jer nak bawa diri kat sana. Nak ke mana-mana naik metro ala-ala LRT tu...yang penting kena ada plan dan alert destinasi mana nak turun.
Selain itu, banyak lagi plaza-plaza untuk memborong di Ghuang Zhou. Terletak di lokasi yang berbeza dan kena naik metro ataupun naik teksi untuk ke tempat-tempat tersebut. Nak tawar-menawar untuk beli barang kat sana tak susah walaupun mereka tak pandai berbahasa Inggeris, tapi setakat nombor-nombor mereka boleh faham, dan satu cara paling senang nak berurusniaga ialah pakai kalkulator...
Ghuang Zhou memang sangat menarik untuk shopping, hope dapat pergi lagi dengan anak-anak. Hari keempat iaitu hari terakhir, hantar barang ke gudang untuk hantar balik Malaysia, terus ke airport. Perjalanan 4jam 30minit, sampai rumah lepas rindu kat anak-anak....mmmuahhh!!
mencari arah...
Metro stesen
Antara tempat yang sempat diterjah semasa kat sana :
Fu Li Kids City...tempat untuk memborong barangan kanak-kanak
Tapak Canton Fair...
Makanan halal senang je nak cari kat Guangzhou. Di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai mesti akan ada kedai makanan halal. Harga pun tak la mahal. Selain kedai, ada juga penjual-penjual muslim yang menjual makanan di kaki-kaki lima tempat tumpuan orang ramai. Antaranya penjual sate kambing ini..hikhik
kambing stim...
Tempat lain yang sempat diterjah ialah plaza borang barangan sukan ni...
--------------- plaza ni terletak di Haizhu Square, iaitu salah satu tempat shopping utama kat Guangzhou. Jalan-jalan mesti akan jumpa orang dari Malaysia. Macam-macam jenis permainan boleh dapat kat sini dan yang paling penting harganya murah 2-3 kali ganda dari yang jual kat Malaysia...Roller blade, kids scooter, helicopter remote control, kereta remote control dan bermacam-macam lagi....Strees sekejap datang sini tengok si suami excited dengan benda2 gitu.
Selain itu, banyak lagi plaza-plaza untuk memborong di Ghuang Zhou. Terletak di lokasi yang berbeza dan kena naik metro ataupun naik teksi untuk ke tempat-tempat tersebut. Nak tawar-menawar untuk beli barang kat sana tak susah walaupun mereka tak pandai berbahasa Inggeris, tapi setakat nombor-nombor mereka boleh faham, dan satu cara paling senang nak berurusniaga ialah pakai kalkulator...
Ghuang Zhou memang sangat menarik untuk shopping, hope dapat pergi lagi dengan anak-anak. Hari keempat iaitu hari terakhir, hantar barang ke gudang untuk hantar balik Malaysia, terus ke airport. Perjalanan 4jam 30minit, sampai rumah lepas rindu kat anak-anak....mmmuahhh!!
Ulasan
Catat Ulasan