Songkran datang lagi....

Pesta Songkran...rasanya dah dekat 10tahun aku tak berpeluang pergi sambut Songkran...sejak start kerja, hingga sekarang dah berkahwin dan beranak pinak....waktu tak mengizinkan....alangkah bagus kalau hari Songkran kerajaan umumkan sebagai public holiday sebagaimana perayaan tahun baru masyarakat Sikh yang baru-baru ini diberikan cuti tanpa rekod pada yang terlibat.

Tapi kalau kerajaan bagi pun, aku dapat ke...hikhik...Songkran ialah sambutan tahun baru masyarakat thai, jadi rasa tak salah untuk aku sama-sama memeriahkan tradisi tersebut walaupun aku dah masuk Islam. Kalau berkesempatan aku nak bawa suami dan anak-anak untuk tengok perayaan tersebut. Sekadar untuk suka-suka dan eratkan silatulrahim dengan keluarga belah aku. Boleh bagi mereka tau lebih tentang budaya aku dulu..

Kalau kat Thailand, Songkran disambut 13-15 April setiap tahun. Sambutan kat sana lebih meriah dan seluruh Thailand akan menyambutnya. Kalau pergi Thailand time tu, bersedialah untuk basah, mereka akan main air di mana-mana saja.

Kat Malaysia pula, masyarakat Siam tak ramai so, sambutan dibuat di kampung masing-masing dengan berkumpul ramai-ramai di Wat. Masa tu akan ada pelbagai acara diadakan seperti Ratu Songkran atau pertandingan ratu cantik, upacara memandikan patung Buddha dan orang-orang tua. Ada persembahan band-band tempatan dan sebagainya.

Tapi tahun ni pun tak dapat balik kampung lagi....Dah berumur dia rasa tak seronok macam masa muda remaja dulu...hikhik...

Ulasan