wanita dan spa......


Kalau dulu aku tak berapa berminat untuk mengunjungi mana-mana spa atau sebagainya untuk memanjakan diri....bagi aku apa yang aku letihkan sangat sampai perlu ke spa...setakat facial boleh buat sendiri kat rumah...

Tapi sekarang bila dah berumah tangga dan ada anak, spa bukan lagi keinginan, tapi aku rasa macam satu keperluan untuk setiap wanita, tak kira ibu yang berkerjaya atau suri rumah. Even setakat melakukan normal facial, aku nak buat di spa...lain rasanya orang buatkan untuk kita dibandingkan dengan buat sendiri.

Tiap-tiap hari rutin harian aku sekarang buka web http://www.groupon.my/ atau http://www.streetdeal.my/ untuk cari pakej-pakej spa yang menarik dan yang penting murah. 

Baru-baru ini aku berkesempatan mengunjungi Estheline Spa di Taman Segar, Cheras. 2jam 30 minit tempoh masa untuk full boday massage, body scrub, sauna, dan footbath hanya RM39.00...tapi yang tak best untuk minyak urut harga lain. Aku pilih minyak urut anti-stress dengan kos tambahan RM50.00.....kalau tak nak pun tak apa, tapi aku ni jenis senang makan pujuk...nak pergi siap ambil cuti lagi, sebab anak-anak tak ada orang nak jaga pulak kalau hujung minggu...

cantik tempatnya....

Jumaat lepas pergi buat facial kat Seputih Kapas Spa,kat Sungai Merab, dekat dengan Putrajaya, so boleh la pergi time rehat panjang hari Jumaat tu..just buat normal facial je...


Seronok bila dapat memanjakan diri....hilang penat dan rasa macam ada semangat baru.


Ulasan