Short Vacation to LEGOLAND, Nusajaya, Johor....

9 JUN 2013 - Berkesempatan bawa anak-anak ke Legoland, Johor. Kesian mereka, time cuti sekolah walaupun taska/tadika buka,  tapi tak ramai parents hantar anak, mungkin balik kampung atau pergi bercuti. So, kebetulan terjumpa promosi kat Groupon tiket Legoland + penginapan 1 malam termasuk sarapan di Grand Sentosa Hotel, Johor hanya RM300 untuk 2 orang dewasa. Just tambah tiket untuk budak-budak tu jer. Dan time tu Mamee pun ada promosi diskaun 35% utk tiket Legoland, just beli sebungkus Mamee pack besar yang berharga lebih kurang RM3, dapat harga tiket kanak-kanak RM71/pax berbanding harga asal RM110/pax. Hehehe....berbaloi kan... Lagi satu cara nak dapat tiket murah ialah beli online, dapat 20% less.

Mula-mula ingat percutian family kecilku saja, last minit mak dan adik-adik join sekali, jadi la percutian family besar yang tak dirancang...

Legoland terletak kat tempat yang baru nak membangun, so kawasan situ banyak lagi  tanah-tanah lapang, jadi tengahari panas yang teramat...Walaupun pipi merah padam, tapi budak 2 orang tu rilex, enjoy jer....Kalau pergi, jangan lupa pakai topi, atau bawa payung.. Stroller untuk anak-anak nak bawa pun boleh, klu tak bawa ada disediakan kat dalam. Sewa sebiji single RM30, double RM45. Walaupun nak bawa stroller, tapi sewa jugak sebab boleh naik 2 orang..

Ni la rupa stroller tersebut 










Pintu gerbang nak masuk dengan kaunter tiket kat sebelah tu...





APA ADA KAT DALAM....





Setiap permainan ada syarat, umur & tinggi













MINILAND

 Borobudur


Taj Mahal







aku risau budak kecik ni masuk angkut bus tu jer...yg abang dah panjat pagar tu







tak payah risau nak sesat dalam tu, beli jer tiket dapat map skali, senang nak tgk mana nak pergi supaya dapat main semua berbaloi dengan harga tiket..hikhik

Note : Bila anak besar sikit, must go again!


Ulasan