25 Februari 2011

KISAH SEORANG SAUDARA BARU.....

Bila baca berita pasal pengislaman Daphne Iking pagi tadi, tergerak hati nak mencoret sedikit pengalaman saya sendiri sebagai seorang saudara baru...
Tak dinafikan kebanyakan wanita memeluk Islam kerana berkahwin dengan lelaki Melayu...dan inilah yang menjadi punca orang2 Islam memandang serong terhadap golongan seperti saya yang dikatakan masuk Islam semata-mata untuk berkahwin..bukankah perkahwinan juga merupakan salah satu cara berdakwah...mohon diberi peluang kepada golongan seperti kami untuk medalami ajaran Islam dengan tenang...
Bagi saya sendiri, bukan senang untuk buat keputusan yang berat seperti ini...dengan halangan daripada keluarga...tekad diteruskan dengan harapan akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan abadi.
Sebagai seorang wanita, kami kaum yang lemah dan perlukan sokongan dan perlindungan daripada seorang lelaki untuk menghadapi situasi seperti ini. Dibuang keluarga bukan sesuatu yang mudah untuk ditempuh. Dalam masa disisih, kehadiran seorang suami amat bermakna...
Bukan senang untuk keluarga menerima penghijrahan kami..saya bersyukur selepas beberapa tempoh, keluarga dapat menerima kami semula. Kesabaran selama ini tidak sia-sia. Dalam pada itu, saya turut bersimpati kepada saudara2 baru yang masih dibuang keluarga. Tidak cukup dengan itu, suami2 yang menjadi tempat bergantung harap, menumpang kasih mula berubah. Tuhan je yang tau betapa beratnya dugaan itu.
Sehingga hari ini, saya bersyukur masih diberi peluang untuk merasai bahagia itu, tinggal di kalangan orang2 yang banyak membantu,keluarga yang harmoni, dan kemudahan untuk mendalami ajaran Islam. Terima kasih juga kepada pihak JAWI Putrajaya yang banyak membantu dan tidak pernah mengabaikan saudara-saudara baru di sekitar kawasan ini. Doa kami agar dapat diterima seadanya....

24 Februari 2011

Kelambu Khemah

teringin berkongsi benda yang saya baru jumpa balik kampung kedah hari tu...kelambu berbentuk khemah yang senang sangat2 nak pasang..ni first time jumpa..orang lain maybe pernah tengok tapi saya tak pernah lak jumpa kat kl ni...
beli kat sik standard size queen RM40...tapi kat Padang Besar RM20 je...ish2 sampai sekali ganda diorang naik harga...
tengok kat mudah lagi la mahal...RM80...x patut!!!sampai kl ni s emua benda cekik darah. mmg praktikal la kelambu ni...senang pasang, senang lipat, senang simpan n senang nak bawa ke mana-mana...lepas ni balik kampung anak2 dah x risau pasal kena gigit nyamuk dah..want to know how do it look like......here it is..