11 Disember 2014

How Do We Celebrate Our Aidiladha 2014 - Kuala Terengganu

Kalau Raya Haji tahun 2013, kami sekeluarga dengan adik beradik husband yang bujang spent our raya di Cameron Highland sebab mak mertua dan bapa mertua mengerjakan Haji di Mekah. Tahun ni kami ke Kuala Terenggau sebab abang ipar nikah dengan orang Kuala Terengganu a day before raya.
Rombongan pengantin lelaki :)


So, lepas selesai nikah kami tak terus balik tapi stay lagi satu malam. Antara tempat yang sempat kami explore....Pantai Batu Buruk jer takde gambar sebab pegi malam, hujan pulak tu! Tapi best sebab banyak kedai makan dan kedai-kedai jual pelbagai barangan mcam pasar malam dibuka.

MASJID KRISTAL, KUALA TERENGANU





Memancing di Pantau Rusila, Marang...sebelah chalet sahaja.



Hero-hero ready untuk solat sunat Aidiladha. 

Sebelum bergerak balik ke rumah mak mertua di Kuantan, sempat singgah di Sekayu Waterfall.

AIR TERJUN SEKAYU, KUALA TERENGGANU









10 Disember 2014

Pengembaraan ke Makassar, Sulawesi, Indonesia

7 Feb 2014 - 10 Feb 2014

Makassar, i have no idea why i choose this place... selalu orang ke Indonesia mesti nak shopping di Bandung, Medan, Jakarta, or percutian tepi pantai di Bali. Saja nak tengok tempat...belajar geografi dulu sulawesi ni pulau yang berbentuk "K" dalam peta...hikhikhik..


Selain kami 4 beranak, adik ipar pun ikut sekali. Masa tu dapat tiket Airasia murah, pergi balik untuk seorang cuma RM122, tambang only. Luggage dan makan belum campur sebab yang tu beli tambah kemudian. Memandangkan perjalanan makan masa 3jam dalam flight, kena ada makan-makan nak kawal emosi anak-anak.
Passport & Luggage kami (Ayah/Ibu/Almys/Alrys)

Sampai di Makassar, lebih kurang pkl 5.30petang. Dari airport ambil teksi untuk ke hotel, tambang lebih kurang RM30. Hotel dah book awal melalui Booking.com. Kami menginap di Favor Hotel. Hotel 3 bintang, ada swimming pool, gym, dan juga breakfast disediakan. Kedai-kedai makan dan transport senang nak dapat dari hotel ni.
~bilik hotel ~

~swimming pool hotel~

Hari pertama, lepas check-in, lepas makan malam di hotel, kami hanya jalan-jalan di sekitar hotel. Ada banyak kedai jual permainan kanak-kanak di kiri dan kanan jalan. Si Almys paling seronok, sampai dia pun blur nak pilih mana satu. Harga murah, si ayah pun biar jer anak-anak pilih mana yang nak.


 ~hasil untuk hari pertama~


8.2.2014, hari kedua kami di Makassar. Hari ni nak pergi Transtudio. Sebab Makassar tak ada apa yang best sangat pun. Lepas sarapan, minta hotel panggilkan teksi. Lebih kurang 5km jer, dan tambang teksi pun RM10 jer. Harga tiket masuk Transtudio hari ni mahal sikit sebab hujung minggu. 185,000 rupiah, duit kita dalam RM70 seorang. Dewasa/kanak-kanak sama je harga.






Keluar dari Transtudio, kami ambil teksi ke pusat bandar Makassar. Kami pergi ke kawasan untuk beli souvenior, Somba Upu. Kat situ ada banyak kedai-kedai yang menjual cenderemata khas Makassar. Tapi tak banyak yang menarik perhatian selain kain songket ni...35,000.00 rupiah untuk sepasang (2 meter) + selendang. Convert ke RM dalam lingkungan RM10 jer...rambang mata jugak nak pilih, semua warna rasa cantik-cantik belaka. Kami pun borong yang ni jer untuk keluarga kat rumah.


 Nak balik kami pun try naik van kaler biru nih. Bawa alamat hotel ke mana-mana, bila nak balik tunjuk jer kat driver tu...murah sgt tambangnya. Dapat pengalaman baru, then anak-anak pun excited.



Makassar ni tak banyak sangat tempat shopping macam kat Bandung, Medan etc...kami naik je mereka punya van biru tu atau boleh naik beca cakap jer nak pergi bandar beli barang. Nanti driver tu pun bawa la. Kalau nak beca, pengayuh beca tu akan dapat tips dari tauke kedai sebab bawa customer ke kedai mereka. Beca tu pulak akan tunggu sehingga kita selesai urusan samada nak shopping or makan, dan dia akan tunggu hantar ke hotel. Tapi kalau ikutkan tambang beca lagi mahal dari tambang teksi!

Antara tempat yang kami jumpa untuk shopping-shopping :

Petang di Makassar boleh la jamu mata tengok matahari terbenam..Cantik!




Post dah lama dalam draf, gambar2 pun tak tau save kat mana..Ok..the end :)