15 Mac 2011

KESAN RADIASI NUKLEAR KE ATAS MANUSIA

•Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

•Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

•Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.


•Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.


•Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.


•Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

01 Mac 2011

S@maN????

Selama ni dok tengok orang lain kalut-kalut nak bayar saman. Kat TV kat paper dah lama crita pasal diskaun saman. Aku tak ambil pusing pun coz ingatkan takde kena mengena dgn aku...tiba-tiba episod malang tu bermula pukul 4.00 petang 28 Feb 2011, last day untuk settle saman tertunggak.

Member tanya pasal saman, terdetik hati nak cek..minta member semak..rupa-rupanya aku pun satu satu saman sejak 2008 x settle lagi...kuikuikui...mcm mn ni..tgk jam dah x logik aku baru terhegeh-hegeh pi beratur..call IPD Putrajaya dia kata no. giliran dah habis. Husband pun berkejar2kejar ke IPD Ampang...orang beratur sampai ke pintu pagar....

Aku pun dengan gigih cuba masuk MyEG..tapi malangnya...sampai ke pukul 12 mlm pun x dapat nak buat transaksi..so..aku reda je la dia nak suruh bayar brapa pun lepas ni sbb bkn aku yang bawa keta tu sampai kena saman..so si pemandu tu sila siap sedia terima tuntutan aku.

8 Petua Perawan

Petua Melayu lama yang boleh diamalkan oleh anak-anak dara sehinggalah yang dah beranak-pinak...

1. BANGKIT BERSAMBUT

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkat badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkat badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua-dua belah tangan.

                                         2. WAJAH SUCI
Apabila bangun pagi, jika mambasuh muka elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering dengan sendirinyao ada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecentikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang.








3. MENYEGARKAN PAYUDARA

Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah peyudara agar sentiada subur dan segar, tidak mudah jatuh.

                                                       4. TAMAN SEMERBAK
 
Mewangi amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang wangi baunya dan syur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. 





5. LUBANG JARUM

Latih otot penahan kencing. seolah-olah seperti menahan dan hendak membuaang air kecil, kemutkan berulang kali. Kemudian kemutkan otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar , berulang-ulang juga. Boleh jadikan amalan setiap hari.

6. SUARA PERINDU

Elakkana dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih becakap degan mengawal nada suara, jangan lepaskan suara sewenang-wenangnya. 

7. MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8 . PAYUDARA MONTOK

Elakkan daripada meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara.


Sumber : Berita Harian

25 Februari 2011

KISAH SEORANG SAUDARA BARU.....

Bila baca berita pasal pengislaman Daphne Iking pagi tadi, tergerak hati nak mencoret sedikit pengalaman saya sendiri sebagai seorang saudara baru...
Tak dinafikan kebanyakan wanita memeluk Islam kerana berkahwin dengan lelaki Melayu...dan inilah yang menjadi punca orang2 Islam memandang serong terhadap golongan seperti saya yang dikatakan masuk Islam semata-mata untuk berkahwin..bukankah perkahwinan juga merupakan salah satu cara berdakwah...mohon diberi peluang kepada golongan seperti kami untuk medalami ajaran Islam dengan tenang...
Bagi saya sendiri, bukan senang untuk buat keputusan yang berat seperti ini...dengan halangan daripada keluarga...tekad diteruskan dengan harapan akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan abadi.
Sebagai seorang wanita, kami kaum yang lemah dan perlukan sokongan dan perlindungan daripada seorang lelaki untuk menghadapi situasi seperti ini. Dibuang keluarga bukan sesuatu yang mudah untuk ditempuh. Dalam masa disisih, kehadiran seorang suami amat bermakna...
Bukan senang untuk keluarga menerima penghijrahan kami..saya bersyukur selepas beberapa tempoh, keluarga dapat menerima kami semula. Kesabaran selama ini tidak sia-sia. Dalam pada itu, saya turut bersimpati kepada saudara2 baru yang masih dibuang keluarga. Tidak cukup dengan itu, suami2 yang menjadi tempat bergantung harap, menumpang kasih mula berubah. Tuhan je yang tau betapa beratnya dugaan itu.
Sehingga hari ini, saya bersyukur masih diberi peluang untuk merasai bahagia itu, tinggal di kalangan orang2 yang banyak membantu,keluarga yang harmoni, dan kemudahan untuk mendalami ajaran Islam. Terima kasih juga kepada pihak JAWI Putrajaya yang banyak membantu dan tidak pernah mengabaikan saudara-saudara baru di sekitar kawasan ini. Doa kami agar dapat diterima seadanya....

24 Februari 2011

Kelambu Khemah

teringin berkongsi benda yang saya baru jumpa balik kampung kedah hari tu...kelambu berbentuk khemah yang senang sangat2 nak pasang..ni first time jumpa..orang lain maybe pernah tengok tapi saya tak pernah lak jumpa kat kl ni...
beli kat sik standard size queen RM40...tapi kat Padang Besar RM20 je...ish2 sampai sekali ganda diorang naik harga...
tengok kat mudah lagi la mahal...RM80...x patut!!!sampai kl ni s emua benda cekik darah. mmg praktikal la kelambu ni...senang pasang, senang lipat, senang simpan n senang nak bawa ke mana-mana...lepas ni balik kampung anak2 dah x risau pasal kena gigit nyamuk dah..want to know how do it look like......here it is..

26 Januari 2011

hobi laki,bini,anak = fishing

sebenarnya kita orang laki bini ni minat giler memancing....skrg anak pun dah besar sikit so kluarkan balik joran2 dan sahabat2 beliau...pastu si suami pun pegi la survey port2 memancing..memandangkan si adik kecik lg..so duduk rumah dgn bibik lah ye..abg je boleh ikut ibu ngan ayah..


hasil pancingan di presint 11...siap buat pekasam lg...hehe

kolam belakang picc...kihkih 

posing dulu....

dan lagi...

new year 2011

new year tahun ni kita orang pegi count down kat i-city je...malas nak jauh2..sesak lg...tapi i-city pun sesak bkn main lg.
ada la persembahan elyana...pastu artis2 underdog..hehe
rupa si almys yg ketakutan dgr mercun!